Kesihatan

Karbohidrat Punca Kolesterol?

By September 27, 2017 June 1st, 2018 No Comments

NASI PUNCA KOLESTEROL TINGGI ??? 😱😱😱

Dr Norman Norawi
21 September at 08:56

2017-05-22-HT-Rice-19
Fahamilah sebenarnya makanan berkolesterol tinggi (telur, daging, kambing etc) bukan penyebab kolesterol kita tinggi.

Punca sebenar masalah kolesterol tinggi adalah kerana pengambilan karbohidrat proses (refine carbs) yang berlebihan seperti GULA pasir, tepung gandum, nasi putih, biskut, kek, pastri, kuih muih etc.

Pengambilan karbohidrat seperti ini juga meningkatkan keradangan (chronic inflammation) dalam tubuh kita.
Kombinasi kolesterol tinggi dan keradangan tinggi ini menjadi punca kepada masalah pengerasan dan penyumbatan saluran darah iaitu atherosklerosis. Mengawal keradangan adalah kaedah yang lebih tepat untuk menurunkan risiko penyakit jantung dan bukannya semata-mata mengawal paras kolesterol.

Hakikatnya dengan hanya fokus kepada mengawal kolesterol sahaja telah dibuktikan tidak berjaya menurunkan kadar penyakit kardiovaskular yang semakin meningkat dari hari ke sehari dan menjadi semakin teruk kadarnya .
Kita perlu memahami konsep yang lebih luas dalam mengubah gaya hidup yang lebih sihat secara yang lebih holistik dan tidak semata-mata menyalahkan kolesterol dalam makanan sebagai punca penyakit kardiovaskular.

Pada tahun 2015, USDA Dietary Guidelines Advisory Committee telah menarik balik saranan mengawal pengambilan kolesterol dalam pemakanan kerana berdasarkan bukti saintifik terkini tiada bukti yang menunjukkan bahawa makanan berkolesterol meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan juga tiada bukti saintifik bahawa makanan berkolesterol meningkatkan risiko penyakit jantung dan kardiovakular.

PARAH..!!! Merokok Jadi Juara Faktor Risiko Penyakit Kardiovaskular

Mengawal keradangan adalah dengan makan makanan bersifat anti keradangan adalah konsep pemakanan sihat yang sebenarnya . Contoh makanan yang bersifat anti keradangan adalah seperti

  • sayur-sayuran
  • buah-buahan
  • minyak sihat (minyak zaitun, minyak kelapa (santan) minyak ikan etc),
  • karbohidrat berserat tinggi (beras perang, oat, keledek, ubi kayu, quinoa etc)
  • protein sihat (ikan, makanan laut, telur, daging kambing, kekacang etc)

Keradangan (chronic inflammation) juga berpunca daripada banyak sebab-sebab selain daripada makanan seperti

  • stress melampau
  • merokok
  • minum arak
  • kurang aktiviti fizikal (sedentary lifestyle)
  • pendedahan kepada pencemaran (toksin, logam berat etc)

Oleh kerana itu mengawal stres, bersenam, berhenti merokok dan detoksifikasi boleh membantu mengawal keradangan dalam tubuh dan secara lansung mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.

Ubahlah persepsi kita tentang makanan berkolesterol kerana ia bukanlah punca sebenar masalah penyakit jantung dan penyakit kardiovaskular yang lainnya. Insyaallah

#drnorman
#infosihat
#penyakitkardiovaskular
#kolesterol
#chronicinflammation
#stress
#healthyeating

We Begin with Nature
Olive House Lembah Klang 1

https://www.facebook.com/OH.LK1.UHZ/

Husni Resources,
No 4, Jalan Juruwang A, U1/A, Seksyen U1,
40150, Shah Alam, Selangor.

© 2018 Olive House Aafiyat.